Kamis, 26 Agustus 2010

Sentuhan dari hati ke hati

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

~buat warga maahad sekalian,
Imbas kembali saat kita di tingkatan satu,lagu inilah yang diwariskan senior-senior untuk kita supaya memahami perilaku sebagai seorang wanita. Jagalah peribadi kerana ia melambangkan identiti sebagai seorang muslimah. Ingatlah bumi yang pernah mentarbiah kalian dengan ilmu dunia dan akhirat.Peganglah erat-erat pesanan guru-guru supaya kemana pun kalian tercampak identiti muslimah dan islam tidak pernah luntur dari diri kalian.

~buat diriku dan kalian,
Kenalilah diri kalian.Kita adalah manusia yang bersifat dengan sifat kemanusiaan.Kita bukan Malaikat.Oleh itu,sudah menjadi lumrah manusia itu melakukan kesilapan. Aku,kamu dan dia adalah manusia. Kita sentiasa bergelumang dengan maksiat dan sebaik-baik manusia adalah yang menyedari kesilapan dan terus bertaubat. Sedih hatiku melihat kebanyakan keluaran maahad tidak seperti dulu umpama kalian bukan datang dari bumi maahad.Kalian berbeza dengan mereka diluar sana.Kalian diasuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Peribadi kalian seharusnya lebih hebat dari mereka yang diluar.Perketatkan prinsip kalian dan binalah jati diri.

Dulu,dibumi maahad,kita adalah sama dan sejantina. Kita dilatih menjaga pergaulan.Kita belajar apa itu ikhtilat.Sekarang,masing-masing sudah berada jauh dari bumi maahad.Jangan ditinggalkan segala macam pesanan sebagaimana jasad kalian meninggalkan maahad. Bawalah bersama kalian agar kalian punya benteng yang kukuh menghadapi dunia luar yang mencabar.

Duhai muslimah,
Kita insan yang lemah,iman kita goyah dan amalan kita tidak banyak.Takutlah kalian pada sabda Rasulullah yang mana menghuni neraka kebanyakannya adalah wanita tetapi Rasulullah juga berpesan yang wanita juga mudah untuk ke syurga.Hanya 4 kunci untuk ke syurga iaitu jaga solat,berpuasa,jaga faraj dan taat pada suami kemudian pilihlah mana-mana pintu syurga untuk kalian.


Duhai muslim,
Kamu adalah bakal imam untuk kaum kami. Allah menjadikan kita saling melengkapi bukan saling menjatuhkan.Kami sedang mencari syurga kami,maka bantulah kami sewajarnya bukan menghanyutkan kami dengan kata-kata dusta lagi nista.Lindungilah kami demi islam.

~semoga warkah yang ditulis dari hati ini dapat menyentuh hati-hati kalian.Peringatan ini adalah untuk aku,kamu dan dia. Bacalah dengan mata hati.Salam sayang untuk warga maahad...
(hidayahyussof)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar